Halaman

Jumaat, 28 September 2018

KISAH SAHABAT : TAMIM AD DAHRI DAN 30 PENGIKUTNYA



 Di zaman semasa nabi Muhamad masih hidup seorang sahabat nabi yang bernama Tamim bin Aus bin Ad Adhri. beliau sewaktu itu asih lagi belum memeluk agama islam dan beliau beragama nasrani (kristian). 

 Pada suatu hari Tamim dan pengikutnya iaitu dari kabilah dhukhom dan dhuzuzam pergi berlayar ke lautan. Kemudian kapal mereka hilang kawalan dan menghanyutkan mereka di suatu pulau. Kemudian mereka turun dari kapal untuk melihat keadaan pulau itu.

 Kemudian Tamim dan pengikutnya terserempak dengan satu binatang yang amat berbulu sehinggakan tidak nampak di manakah muka hidung dan mulutnya kerana dlitupi bulu-bulunya. Kemudian secara tiba-tiba haiwan ini berkata-kata " Siapakah kalian?" lalu Tamim dan pengikutnya  menjawab " Kami ialah pemuda arab kristian dari semenanjung tanah Arab". Kemudian "Tamim bertanya kepada binatang tadi "siapakah kamu?" lalu haiwan itu berkata " aku ialah Al jassasah." 30 orang pengikut Tamim pun bertanya ' Apakah itu Al jassasah"  haiwan itu diam dan berkata " Di tengah pulau ini ada seorang lelaki yang sedang menunggu khabar berita daripada orang lain. Lalu Tamim dan pengikutnya pergi ke tengah hutan untuk mencari lelaki itu. Kemudian Tamim dan pengikutnya terjupa satu gua dan masuk ke dalamnya. Kemudian di dalam gua itu mereka melihat seorang lelaki yang tubuh badannya amatlah besar, rambutnya panjang dan kerintingnya amatlah kerinting. Tangan kaki nya diikat dengan rantai besi , pahanya dirapatkan ke dadanya dan dia bersandar pada dinding gua itu.

 Kemudian lelaki itu bertanya " Siapakah kamu semua?"
 lalu Tamim menjawab " Kami dari semenanjung tanah arab berlayar di lautan lalu kami dihanyutkan ke pulau ini dan berjumpa seekot haiwan yang bernama Al jassasah dan menyuruh kami berjumpa kamu." Lalu Tamim bertanyakan kepada lelaki itu " Siapakah kamu?" Lalu lelaki itu tidak menjawab dan bertanyakan 4 soalan kepada Tamim dan pengikutnya. Soalan petama " Adakah kamu mengetahui tentang tasik thobariah?" Lalu mereka menjawab " Ya dan airnya masih banyak." Lalu lelaki itu berkata " Suatu hari nanti apabiila kamu melihat tasik itu kekeringan maka aku akan keluar." lalu lelaki itu menanyakan soalan ke-2 "Adakah kamu mengetahui ladang baishan?" Lalu mereka berkata " Ya dan buahnya masih banyak." Kemudian lelaki itu berkata "Suatu hari nati apabila ladang itu sudah tidak mengeluarkan buah maka aku hampir keluar." Kemudian lelaki itu menanyakan soalannya yang ke-3 iaitu " Bagimanakah keadaan air mata Zurar?" lalu mereka mereka menjawab " Air mata Zurar airnya masihnya banyak." Lalu lelaki itu berkata " Suatu hari nanti air mata itu akan kering." dan lelaki itu menanyakan kepada mereka soalan terakhir iaitu " Adakah nabi yang tidak pandai menulis dan membaca suadah keluar?" Kemudian mereka menjawab " Ya nabi ini telah pun diutus oleh Allah." Kemudian lelaki itu bertanya lagi " Adakah dia diperangi dan memerangi?" maka mereka menjawab " Ya dia diperangi dan dia memenangi setiap pertempuran." Lelaki itu berkata lagi "Alangkah untungnya siapa yang mengikutinya." Dan dia berkata lagi "Sesungguhnya kalian yang diizinkan Allah taala untuk sampai ke pulau ini dan aku ialah Al-masih Dajjal.

 Kemudian selepas mereka pulang ke tanah arab semula Tamim Ad-Dhari berjumpa dengan rasulullah dan menceritakan tentang kejadian yang menimpanya. Lalu nabi berkata " Lelaki yang kamu jumpa itu adalah Al masih Dajjal." Kemudian Tamim Ad Dhari memeluk agama islam.






CERPEN 3: MENCARI DIRIKU



MENCARI DIRIKU

Kejayaan ialah sesuatu perkara yang paling manis di dalam hidup kita namun apa gunanya jikalau engkau berjaya namun ada sesuatu perkara yang engkau hilang. Ini kisah aku iaitu Adam.

 Hari ini ialah hari yang paling penting di dalam hidupku iaitu keputusan SPM akan diumumkan sebentar lagi. Hatiku berkobar-kobar apabila menunggu keputusan aku nanti. Kemudian setelah 1 jam aku menunggu akhirnya namaku dipanggil "ADAM IRFAN BIN YUSOF 10A+" aku melonjakkan kegembiraan apabila keputusan aku sangat cemerlang dan ibu bapa aku amat bangga dengan ku.

Setelah seminggu keputusan diumumkan aku dan rakan ku ingin membuat pertemuan semula. Majlis itu bermula pada jam 9 malam lalu aku bertolak dari rumahku pada pukul 8.45 malam. Aku memandu kereta dengan laju kerana aku sudah mahir di jalan itu namun walau secekap manapun aku memandu Allah sudah takdirkan aku kemalangan. Aku dilanggar oleh sebuah lori balak yang besar. aku terasa kereta aku berguling di atas jalan lalu aku jatuh ke dalam gaung yang curam.

 Kemudian setelah sejam aku dihantar ke wad kecemasan untuk pembedahan. pembedahan aku mengambil masa selama 3 jam kerana kecederaan aku amat parah.

 Setelah selesai pembedahan aku pengsan selama 5 hari dan bangun pada malam hari ke-5. Apabila aku bangun aku melihat ibuku yang duduk di sebelahku sedang menangis melihatkan keadaanku lalu aku memanggil ibuku dengan perlahan " mmmmm..mak.." lalu ibuku memeluk ku dengan erat sekali. aku menangis bersama ibuku sekali. Kemudian selepas selesai berpelukan dengan ibuku aku tidak merasakan kakiku lalu aku berkata kepada ibuku " mak abang tak rasa kaki abang" lalu selepas ibuku mendengar kata-kata aku itu ibuku menitiskan air matanya lagi lalu aku menyelak selimutku untuk melihat kaki aku lalu terasa sebak sekali apabila melihat dua belah kaki ku sudah tiada lalu ibuku menjelaskan kepada aku "Adam kaki kamu dipotong kerana kaki kamu hancur akibat daripada kemalangan hari itu dan doktor terpaksa memotong kaki kamu." Aku seperti tidak percaya yang kedua belah kakiku telah dipotong lalu aku setelah keluar dari hospital menjalani kehidupan seperti biasa namun hari-hariku tidak seperti dahulu yang meriangkan aku sungguh suram dan aku merenung ke luar jendela setiap masa sambil memikirkan banyak persoalan "kenapa Allah turunkan bala kepadaku seperti ini? apakah dosa aku? bagaimana aku nak jalani hidup aku tanpa kaki aku?"  semakin lama aku memikirkan semakin banyak persoalan yang timbul di dalam hatiku. Aku berputus dari rahmat Allah malah aku sering menyalahkan Allah kerana menjadikan aku seperti ini. Lalu ibu bapaku semakin hari risau tentang aku kerana berputus rahmat dari yang naha esa. Lalu suatu hari ibu bapaku masuk ke dalam bilikku dan duduk di sebelah ku untuk menenangkan aku dan menasihati aku. "Adam kenapa dengan adam ni mak tengok kamu ni selalu menyendiri dan lansung dah tak keluar rumah" kata ibuku. Namun aku tidak membalas percakapan ibuku dan aku hanya diam dan merenung ke luar tingkap. Kemudian ayah aku pula berkata "Adam cuba kamu cerita pada mak dan ayah apa masalah kamu?" lalu aku berkata "mak dan ayah takkan faham perasaan abang" lalu aku beredar dari ruang tamu rumahku dan masuk ke dalam bilikku lantas mengunci pintu. Aku menangis teresak-esak selepas ibu bapaku cuba memujukku.

 Sudah pelbagai cara ibu bapa ku cuba untuk memujuk aku namun selama 2 tahun aku masih berdiam diri dan memberikan jawapan yang sama kepada ibu bapaku iaitu "Mak dan ayak takkan faham perasaan abang" dan aku terus masuk ke bilik.

 Sampai suatu hari seorang rakan ku yang bernama Amar iaitu rakan sejak sekolah rendah lagi. Sekarang dia menyambung pengajiannya di Universiti Al-Azhar di Mesir. Kemudian ibu bapaku membawa Amar berjumpa aku di ruang tamu. Aku masih tetap membisu dan tidak bermesra dengan Amar. Apabila Amar menanyakan aku soalan aku hanya menganggukkan kepala aku dan menggeleng kepalaku. Lalu Amar memberikan aku nasihatnya. Dia memberikan satu ayat al quran di mana Allah berfirman :

وَلَئِنْ أَذَقْنَا الْإِنسَانَ مِنَّا رَحْمَةً ثُمَّ نَزَعْنَاهَا مِنْهُ إِنَّهُ لَيَئُوسٌ كَفُورٌ

Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa (atas apa yang sedang terjadi padanya, az) lagi kufur (ia lupa dan tidak berterima kasih atas rahmat yang dahulu diberikan padanya, az).
Lalu dia berkata pada aku " Adam aku tahu perasaan engkau walaupun aku tidak berada di tempat kau, ayat yang aku berikan tadi menceritakan tentang orang yang apabila Allah mencabut nikmat daripadanya dia berputus asa dari rahmat Allah dan engkau sekarang telah menjadi sesorang yang disebutkan oleh Allah dan engkau masih boleh mengubah kenyataan dan engkau masih ada masa untuk bertaubat. Aku nakk cerita kan kat engkau dulu ada seorang imam ni dia terlihat dan mendengar seorang lelaki tua yang kudung kaki dan tangannya dan buta berdoa"Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur kepada engkau atas nikmat yang engkau berikan kepadaku " orang tua itu sudah kehilangan anaknya yang selama ini membantunya untuk mengambil air sembahyang dan menyuapkannya makanan. Lalu imam itu berjalan ke arah orang tua itu dan bertanya "Wahai orang apakah yang kamu doakan sebentar tadi" Lalu orang tua itu membalas "Aku kehilangan anakku selama 3 hari yang mana selama ini menolongku untuk berwudhuk dan menyuapkan aku makanan. Adakah kamu sudi membantu aku mencari anakku yang sudah hilang" lalu imam tadi menjawab " Boleh wahai orang tua". Kenudian imam itu mencari di padang pasir anak orang tua itu lalu imam itu menjumpai rusuk tulang manusia yang menjadi mangsa binatang buas dan imam itu mengetahui mangsa binatang buas itu ialah anak kepada orang tua itu. Lalu imam itu memikirkan bagaimanakah dia ingin menceritakan kepada orang tua itu. Lalu imam itu teringat tentang kidah nabi Ayub yang Allah menurunkan ujian ke atasnya namun dia masih tetap tabah. Kemudian imam itu kembali kepada orang tua itu dan berkata " wahai orang tua, adakah engkau mengetahui kisah Nabi Ayub di mana Allah mmenurunkannya ujian kepadanya. lalu orang tua itu menyahut "ya" lalu imam itu berkata lahi "Dan bagaimana dia menempuhnya dengan sabar." lalu orang tua itu berkata " Apakah yang aku ingin beritakan kepada aku wahai anak muda?" lalu imam itu berkata "Anakmu telah menjadi mangsa binatang buas dan meninggal dunia." Kemudian orang tua itu berdoa "Segala puji bagi Allah yang tidak meluaskan lagi keturunan ku" lalu orang tua itu menarik nafas terakhirnya dan kembali ke rahmatullah. Sekarang kau nampak Adam betapa tabahnya orang tua ini walaupun Allah telah menarik nikmatnya lebih banyak daripada engkau Adam. Jadi engkau kembalilah di jalan Allah dan mengikat kembali hubungan mu dengan Allah." Lalu aku masih lagi terdiam dam membisu. Amar berkata lagi " Aku faham perasaan engkau jadi aku akan berikan engkau masa untuk berfikir dahulu dan kalau engkau dah mendapat keputusan hubungilah aku." Lalu Amar bangun dari kerusinya dan berjalan menuju ke pintu lalu aku berkata " Kejap Amar boleh engkau ajar aku solat." Amar mengukirkan senyuman manis di mukanya dan berkata "Sudah pasti boleh kawanku".

 Semakin hari aku semakin kembali kepada yang maha esa dan mula bersyukur atas segala nikmat yang aku ada dan setiap kali aku merasakan tidak bersyukur aku akan teringatkan kisah yang diceritakan Amar. Ibu bapaku berasa gembira sekali apabila aku sudah menjalani hidupku seperti dulu kala dan hidupku lebih ceria dari dahulu. 
 Aku mula menulis buku dan novel. Sejak itu nama aku terkenal di Malaysia. Aku sekarang sedar betapa besarnya hikmah daripada aku kemalangan dahulu dan betapa luasnya pengetahuan Allah itu.


“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
(Surah Al-Baqarah ayat 30)

sekian terima kasih

                             Karya: Fahmi

Jumaat, 14 September 2018

CERPEN 1: FATAMORGANA DUNIA




Kesejukan malam amat terasa oleh diriku di gazebo rumahku. Kemudian, aku terfikir tentang kejadian yang terjadi sebelum ini. 

   Sewaktu itu, aku mengalami kemalangan dan tiada siapa di situ yang menolong ku kerana jalan di situ sudah lama dan tidak ramai yang menggunakannya lagi. Kemudian aku hanya duduk dan berdoa kepada Allah supaya permudahkanlah jalan aku. Kemudian, alhamdulillah 5 minit selepad aku berdoa akhirnya allah yang maha mendengar menunaikan permintaan aku. Aku berfikir bahawa orang akan menolong ku itu lelaki rupanya dia ialah perempuan. Perempuan menghulurkan tangannya dan aku sewaktu itu sudah tidak berfikir lagi ajnabi atau tidak kerana aku sedang di dalam kesakitan amat sekali. Aku tidak sempat untuk mengecam muka perempuan itu kerana mataku menjadi kabut. Kemudian wanita itu terus membawa aku ke hospital yang berdekatan. kemudian aku masuk ke wad kecemasan selama 2 jam untuk pembedahan. 

2 jam kemudian,

  Alhamdulillah aku selamat di bilik pembedahan. Kemudian seorang wanita masuk kedalam bilikku untuk melihat keadaan aku. Aku tidak mengecam wanita itu ialah wanita yang menolongku semasa kejadian berlaku. Kemudian, aku bertanyakan kepda wanita itu "Maafkan saya cik tapi cik ni siapa,boleh terangkan?". Kemudian soalan ku terjawab satu per satu. Kemudiaan aku bertanya "Apakah nama cik?". Kemudian wanita itu menjawab nama saya Khadijah. Kemudian wanita itu menanyakan kembali soalan itu kepada aku. Aku memberitahu nama aku iaitu Adam.
Kemudian aku menanyakan di manakah rumahnya. Wanita itu memberikan alamat rumahnya kepadaku. Lalu wanita yang bernama Khadijah itu keluar dari wad yang diduduki aku dan pulang ke rumahnya.

3 bulan selepas kemalangan 

   Bersambung di gazebo tadi. Selepas berfikir sejenak tadi aku mengambil keputusan untuk pergi ke rumah wanita yang bernama Khadijah itu selepas solat subuh. Perasaan aku secara tiba-tiba menjadi pelik dan aku sentiasa terfikir kan tentang Khadijah. Aku mula menyedari yang aku telah jatuh cinta kepada Khadijah. Inilah ujian aku iaitu cinta.

   Keesokan harinya selepas menunaikan solat subuh aku bergegas bersiap dan meman  du kereta ke alamat yang diberikan Khadijah.
Apabila sampai di rumah Khadijah aku memberikan salam, "Assalamualaikum" sambil mengetuk pimtu rumahnya.
Kemudian muncul seorang wanita tua. aku menanyakan kepada wanita tua itu " Maafkan saya puan, ini rumah Khadijah ke puan?"
Wanita tua itu berkata " Oh kamu mencari Khadijah sat na mak cik pi panggil" aku masuk ke dalam rumah itu dan menunggu di sofa sambil meminum air teh yang dihidangkan. Kemudian mak cik itu pulang semula ke ruang tamu sambil membawa Khadijah bersamanya. Kemudian Khadijah berkata "ini bukankah Encik Adam?" kemudian aku berkata "ya , panggil Adam sahaja".

 Kemudian aku berbual panjang dengan dua orang anak beranak itu. Selepas kejadian itu aku semakin rapat dengan Khadijah dan pada suatu hari aku ingin meluahkan perasaan kepadanya. Aku mengajak Khadijah berjumpa di Taman Indera. Aku menunggu kehadirannya sambil memegang sekeping surat cinta untuk diberikan kepada Khadijah. Kemudoan Khadijah sampai dan bertanyakan kepadaku "ada ape ye. Adam" aku kemudian memberikan sepucuk surat kepadanya dan berkatakan kepadanya yang aku menyukainya. Aku mengingatkan semuanya akan berjalan lancar seperti di dalam drama-drama. Namun tidak seperti yang aku sangkakan Khadijah menangis dan berlari menuju ke keretanya, aku cuba mengejarnya untuk mengetahui mengapakah dia menangis. Namun aku tidak sempat untuk mengejarnya. Kemudian sejak hari itu aku tidak lagi melihat Khadijah dan bercakap dengannya samada di telefon atau realiti.

KETERANGAN:

Untuk pengetahuan pembaca Khadijah menangis apabila Adam meluahkan perasaan kepadanya kerana Khadijah telah gagal  sebagai muslimah kerana tidak mampu mengahalang dari menggoda seorang lelaki.



                                                                                Karya: FAHMI

Subscribe to our newsletter