Kesejukan malam amat terasa oleh diriku di gazebo rumahku. Kemudian, aku terfikir tentang kejadian yang terjadi sebelum ini.
Sewaktu itu, aku mengalami kemalangan dan tiada siapa di situ yang menolong ku kerana jalan di situ sudah lama dan tidak ramai yang menggunakannya lagi. Kemudian aku hanya duduk dan berdoa kepada Allah supaya permudahkanlah jalan aku. Kemudian, alhamdulillah 5 minit selepad aku berdoa akhirnya allah yang maha mendengar menunaikan permintaan aku. Aku berfikir bahawa orang akan menolong ku itu lelaki rupanya dia ialah perempuan. Perempuan menghulurkan tangannya dan aku sewaktu itu sudah tidak berfikir lagi ajnabi atau tidak kerana aku sedang di dalam kesakitan amat sekali. Aku tidak sempat untuk mengecam muka perempuan itu kerana mataku menjadi kabut. Kemudian wanita itu terus membawa aku ke hospital yang berdekatan. kemudian aku masuk ke wad kecemasan selama 2 jam untuk pembedahan.
2 jam kemudian,
Alhamdulillah aku selamat di bilik pembedahan. Kemudian seorang wanita masuk kedalam bilikku untuk melihat keadaan aku. Aku tidak mengecam wanita itu ialah wanita yang menolongku semasa kejadian berlaku. Kemudian, aku bertanyakan kepda wanita itu "Maafkan saya cik tapi cik ni siapa,boleh terangkan?". Kemudian soalan ku terjawab satu per satu. Kemudiaan aku bertanya "Apakah nama cik?". Kemudian wanita itu menjawab nama saya Khadijah. Kemudian wanita itu menanyakan kembali soalan itu kepada aku. Aku memberitahu nama aku iaitu Adam.
Kemudian aku menanyakan di manakah rumahnya. Wanita itu memberikan alamat rumahnya kepadaku. Lalu wanita yang bernama Khadijah itu keluar dari wad yang diduduki aku dan pulang ke rumahnya.
3 bulan selepas kemalangan
Bersambung di gazebo tadi. Selepas berfikir sejenak tadi aku mengambil keputusan untuk pergi ke rumah wanita yang bernama Khadijah itu selepas solat subuh. Perasaan aku secara tiba-tiba menjadi pelik dan aku sentiasa terfikir kan tentang Khadijah. Aku mula menyedari yang aku telah jatuh cinta kepada Khadijah. Inilah ujian aku iaitu cinta.
Keesokan harinya selepas menunaikan solat subuh aku bergegas bersiap dan meman du kereta ke alamat yang diberikan Khadijah.
Apabila sampai di rumah Khadijah aku memberikan salam, "Assalamualaikum" sambil mengetuk pimtu rumahnya.
Kemudian muncul seorang wanita tua. aku menanyakan kepada wanita tua itu " Maafkan saya puan, ini rumah Khadijah ke puan?"
Wanita tua itu berkata " Oh kamu mencari Khadijah sat na mak cik pi panggil" aku masuk ke dalam rumah itu dan menunggu di sofa sambil meminum air teh yang dihidangkan. Kemudian mak cik itu pulang semula ke ruang tamu sambil membawa Khadijah bersamanya. Kemudian Khadijah berkata "ini bukankah Encik Adam?" kemudian aku berkata "ya , panggil Adam sahaja".
Kemudian aku berbual panjang dengan dua orang anak beranak itu. Selepas kejadian itu aku semakin rapat dengan Khadijah dan pada suatu hari aku ingin meluahkan perasaan kepadanya. Aku mengajak Khadijah berjumpa di Taman Indera. Aku menunggu kehadirannya sambil memegang sekeping surat cinta untuk diberikan kepada Khadijah. Kemudoan Khadijah sampai dan bertanyakan kepadaku "ada ape ye. Adam" aku kemudian memberikan sepucuk surat kepadanya dan berkatakan kepadanya yang aku menyukainya. Aku mengingatkan semuanya akan berjalan lancar seperti di dalam drama-drama. Namun tidak seperti yang aku sangkakan Khadijah menangis dan berlari menuju ke keretanya, aku cuba mengejarnya untuk mengetahui mengapakah dia menangis. Namun aku tidak sempat untuk mengejarnya. Kemudian sejak hari itu aku tidak lagi melihat Khadijah dan bercakap dengannya samada di telefon atau realiti.
KETERANGAN:
Untuk pengetahuan pembaca Khadijah menangis apabila Adam meluahkan perasaan kepadanya kerana Khadijah telah gagal sebagai muslimah kerana tidak mampu mengahalang dari menggoda seorang lelaki.
Karya: FAHMI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan