Di zaman semasa nabi Muhamad masih hidup seorang sahabat nabi yang bernama Tamim bin Aus bin Ad Adhri. beliau sewaktu itu asih lagi belum memeluk agama islam dan beliau beragama nasrani (kristian).
Pada suatu hari Tamim dan pengikutnya iaitu dari kabilah dhukhom dan dhuzuzam pergi berlayar ke lautan. Kemudian kapal mereka hilang kawalan dan menghanyutkan mereka di suatu pulau. Kemudian mereka turun dari kapal untuk melihat keadaan pulau itu.
Kemudian Tamim dan pengikutnya terserempak dengan satu binatang yang amat berbulu sehinggakan tidak nampak di manakah muka hidung dan mulutnya kerana dlitupi bulu-bulunya. Kemudian secara tiba-tiba haiwan ini berkata-kata " Siapakah kalian?" lalu Tamim dan pengikutnya menjawab " Kami ialah pemuda arab kristian dari semenanjung tanah Arab". Kemudian "Tamim bertanya kepada binatang tadi "siapakah kamu?" lalu haiwan itu berkata " aku ialah Al jassasah." 30 orang pengikut Tamim pun bertanya ' Apakah itu Al jassasah" haiwan itu diam dan berkata " Di tengah pulau ini ada seorang lelaki yang sedang menunggu khabar berita daripada orang lain. Lalu Tamim dan pengikutnya pergi ke tengah hutan untuk mencari lelaki itu. Kemudian Tamim dan pengikutnya terjupa satu gua dan masuk ke dalamnya. Kemudian di dalam gua itu mereka melihat seorang lelaki yang tubuh badannya amatlah besar, rambutnya panjang dan kerintingnya amatlah kerinting. Tangan kaki nya diikat dengan rantai besi , pahanya dirapatkan ke dadanya dan dia bersandar pada dinding gua itu.
Kemudian lelaki itu bertanya " Siapakah kamu semua?"
lalu Tamim menjawab " Kami dari semenanjung tanah arab berlayar di lautan lalu kami dihanyutkan ke pulau ini dan berjumpa seekot haiwan yang bernama Al jassasah dan menyuruh kami berjumpa kamu." Lalu Tamim bertanyakan kepada lelaki itu " Siapakah kamu?" Lalu lelaki itu tidak menjawab dan bertanyakan 4 soalan kepada Tamim dan pengikutnya. Soalan petama " Adakah kamu mengetahui tentang tasik thobariah?" Lalu mereka menjawab " Ya dan airnya masih banyak." Lalu lelaki itu berkata " Suatu hari nanti apabiila kamu melihat tasik itu kekeringan maka aku akan keluar." lalu lelaki itu menanyakan soalan ke-2 "Adakah kamu mengetahui ladang baishan?" Lalu mereka berkata " Ya dan buahnya masih banyak." Kemudian lelaki itu berkata "Suatu hari nati apabila ladang itu sudah tidak mengeluarkan buah maka aku hampir keluar." Kemudian lelaki itu menanyakan soalannya yang ke-3 iaitu " Bagimanakah keadaan air mata Zurar?" lalu mereka mereka menjawab " Air mata Zurar airnya masihnya banyak." Lalu lelaki itu berkata " Suatu hari nanti air mata itu akan kering." dan lelaki itu menanyakan kepada mereka soalan terakhir iaitu " Adakah nabi yang tidak pandai menulis dan membaca suadah keluar?" Kemudian mereka menjawab " Ya nabi ini telah pun diutus oleh Allah." Kemudian lelaki itu bertanya lagi " Adakah dia diperangi dan memerangi?" maka mereka menjawab " Ya dia diperangi dan dia memenangi setiap pertempuran." Lelaki itu berkata lagi "Alangkah untungnya siapa yang mengikutinya." Dan dia berkata lagi "Sesungguhnya kalian yang diizinkan Allah taala untuk sampai ke pulau ini dan aku ialah Al-masih Dajjal.
Kemudian selepas mereka pulang ke tanah arab semula Tamim Ad-Dhari berjumpa dengan rasulullah dan menceritakan tentang kejadian yang menimpanya. Lalu nabi berkata " Lelaki yang kamu jumpa itu adalah Al masih Dajjal." Kemudian Tamim Ad Dhari memeluk agama islam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan